Monday, April 6, 2009

CINTA adalah satu perasaan anugerah Tuhan...

ORANG bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini. Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidak pernah khianat kepada orang yang dicintainya, tidak pernah menyakiti dan tidak pernah mengecewakan.
Filem Mohabbatein memaparkan bagaimana kekuatan cinta berjaya menundukkan ego seorang ayah dan sekali gus seorang pengetua yang membenci cinta.
Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia. Lebih daripada itu, cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.
William Shakespeare pernah berkata: “Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta.” Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.
Ya, hampir semua manusia pernah hidup di bawah langit cinta. Ia mempesona dan mewarnai pelbagai wajah. Ia menghiaskan kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta itulah madunya.
“Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya,” demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.
Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, cinta saku merosak saku menguras wang. Oleh itu, ‘bercintalah’ dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi. Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan ‘pencintanya’. Kata-kata cinta itu memang indah, bernas, klasik, segar dan menyentuh perasaan dan ini mengingatkan kepada sebuah karya lama yang amat berharga hasil penyelanggaraan Allahyarham A. Karim Abdullah.
Allahyarham atau lebih akrab semasa hayatnya dengan panggilan Bung Karim sebelum pemergiannya telah mengumpulkan koleksi mutiara kata berkaitan cinta lalu menghasilkan Yang Bernama Cinta, satu buku yang comel dan bermakna yang harus dimiliki oleh sesiapa saja yang pernah bercinta, yang pernah luka kerana bercinta, yang sakit dipanah cinta, yang berbahagia kerana cinta dan yang asyik memburu cinta.
Yang Bernama Cinta itu menghimpunkan 508 entri mutiara kata-kata berkaitan cinta yang memang kaya dengan falsafah dan fikiran dan amat wajar sekali untuk dibuat renungan sebagai panduan dan sempadan dalam melayari hidup yang bernama cinta ini.
Bak kata Mawar Shafei, dalam kata pengantar buku ini, “Yang Bernama Cinta merupakan hasil kerja yang bersungguh dan penuh upaya hasil daripada pembacaan dan pengalaman yang luas. Ternyata upaya Allahyarham Bung Karim begitu bersifat merata - daripada latar politik kepada kesusasteraan, kebudayaan dan kini kepada koleksi mutiara kata.”
Memang dalam Yang Bernama Cinta ini terhimpun kata-kata keramat tokoh-tokoh agama, sasterawan dan sarjana Timur dan Barat dalam mengungkapkan kata-kata cinta yang cukup padat, dalam dan bermakna. Ada ayat terpilih daripada al-Quran dan hadis. Ada sedutan daripada genre kesusasteraan yang pelbagai - novel, drama dan puisi. Ada juga cuplikan kata daripada Hamka, William Shakespeare, Rabindranath Tagore, Leo Tolstoy, Goethe, dan lebih dari itu ia turut memuatkan puisi Kekasih nukilan Allahyarham Usman Awang.
Kata Mawar Shafei lagi, “Yang Bernama Cinta disaring daripada dekad-dekad kehidupan yang rencam. Ia diterjemahkan daripada orak-arik kehidupan yang dialami dan diperhati. Makna cinta itu ternyata disaring dan diterjemah daripada pelbagai spektrum yang meriah. Ditemui lebih banyak makna cinta. Dikepil sama dalam buku ini beberapa ilustrasi berserta indeksnya, yang diusahakan secara bersungguh lagi halus.”
Kehalusan kata-kata cinta dalam buku bukan saja wajar dimiliki tetapi juga sesuai untuk dijadikan ‘cenderahati’ yang menggambarkan kehalusan dan ketulusan para pemberinya. Buku ini tidak termasuk dalam kategori ‘buku mewah’ yang sering dibanggakan oleh pemiliknya kerana ‘kemewahan’ cinta itu mengatasi kemewahan fizikal yang sering ditonjolkan oleh pemiliknya.
Buku ini bukan saja mengungkapkan kata cinta sesama manusia, tetapi juga cinta manusia pada alam, pada Tuhan. Dengan kata lain, Yang Bernama Cinta mengungkapkan pengertian cinta seluas-luasnya. Lihatlah dan renungilah kata-kata Bung Karim sendiri tentang cinta: “Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup, cinta kepada Tuhan ertinya takwa.”
Atau renungi pula kata-kata Hamka: “Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.”
Bagi penulis, sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa ‘mencemaskan’ umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah ‘tercabut’ daripada jiwa terdalam manusia. Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa.
Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia.
Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan. Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang. Bak kata Hamka lagi: “Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.”



Mulianya Seorang Wanita...

1. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah,siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita??
Jawab Rasulullah,"Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah, "Ibunya".

2. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibubapamu,maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

3. Wanita yang taat akan suaminya,
ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit,
matahari dan bulan semua
beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada
suaminya serta menjaga
sembahyang dan puasanya.

4. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama
aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

5. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya,
lalu berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api
neraka.

6. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dlm rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah mencatatkan
baginya setiap hari dgn
1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

7. Doa perempuan lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda,
"Ibu lebih penyayang daripada bapa
dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia".

8. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkanya.

9. Barangsiapa yang mengembirakan
akan perempuannya,darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis
kerana takutkan Allah dan
orang yang takutkan
Allah akan diharamkan api
neraka keatas tubuhnya.

10. Barangsiapa membawa hadiah,
(barang makan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan
anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

11. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu,puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta
taat akan suaminya,masuklah dia
dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.

12. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama,
maka Allah memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya(10,000 tahun)

11.Wanita yang solehah (baik)
itu lebih baik daripada
1,000 lelaki yang soleh.

12. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga.Masuklah
dari mana? mana pintu yang
di kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.


14. Rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.

15. Sekiranya wanita mati dalam masa
40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

16. Wanita yang memberi minum air
ibu (asi) kepada anaknya daripada
badannya (susu badannya sendiri)
akan dapat satu pahala dari pada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

17. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat
dilangit akan khabarkan berita bahwa
syurga wajib baginya.

Cari Pasangan Terbaik...

ANDA sedang menyukai seseorang? Anda tahu si dia juga turut menaruh perasaan terhadap diri anda yang selama ini menjadi perhatiannya.

Dalam perhubungan ada kalanya perbuatan, sikap mahupun kata-kata yang sering membuat anda terluka, tersinggung, terhiris atau perkara yang boleh menarik rasa benci.

Oleh itu, hubungan yang sepatutnya mampu pergi jauh sering terhalang di tengah jalan sehingga perasaan yang pernah wujud di sudut hati terhakis tiba-tiba.

Lelaki harus merenung kesilapan diri atau ada sesuatu yang pernah membuat teman wanita terluka. Cuba semak perbuatan atau kata-kata anda yang membangkit rasa terkilan, marah atau geram si dia sehingga segalanya bagaikan ternoktah!
Sebagai perempuan, anda juga harus tetapkan ciri tertentu dalam mencari pasangan terbaik. Renunglah perkara berikut jika ada sesuatu yang boleh diteladani.
• Dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih daripada 10 kali setiap 10 minit.
• Daripada ceritanya kepada anda, jelas dia kaki joli dan kaki makan angin. Sudahlah begitu, daripada banyak tempat pelancongan dan percutian di dunia katanya, dia paling suka ke Thailand.
• Apabila dia beritahu anda, isterinya tidak pernah memahaminya atau tidak pernah menjaga kebajikannya dan tidak pernah menghargainya sebagai suami, rupa-rupanya si isteri sedang sarat mengandung - anak kesembilan.
• Anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar apabila melihat semua wanita cantik, manis atau seksi, tidak keterlaluan jika dikatakan dia memang seorang yang menyakitkan dan tidak tahu menjaga perasaan.
• Tangannya mula miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupun baru satu jam anda berkenalan dengannya.
• Dia beritahu yang dia sebenarnya, bukannya ada hati dan hendak sangat bertemu janji dengan anda tetapi buat juga kerana kasihan sedangkan anda yang beria-ia sangat mahu menemuinya.
• Kawan-kawan anda yang mengenalinya memberitahu, dia menghidap penyakit kelamin kronik.
• Dia langsung tidak beri peluang anda bercerita mengenai diri anda ataupun keluarga kerana dia rasa cerita mengenai keluarganya lebih menarik dan penting.
• Apabila anda pesan minuman ringan, dia pula memesan minuman beralkohol. Tentunya lelaki sebegitu kurang sesuai sebagai Muslim.
• Apabila bercakap, kata-katanya umpama tin kosong konon bapanya saudagar minyak dan datuknya orang paling kaya di Sarawak tetapi bila bil makan sampai, dia buat tidak tahu saja. Anda juga yang terkorek-korek mencari duit dalam tas tangan.
• Dia beritahu yang hatinya sangat terluka dan dia masih lagi bersedih kerana putus cinta dengan gadis hamil anak luar nikahnya. Apakah anda terus membuang masa bersamanya? Kalau anda seorang rasional, mengapa masih terus mahu bersama dirinya?
• Dia kata yang dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi suri rumah sepenuh masa. Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya mahu mencari tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang gosok, tukang picit atau tukang sental, pendek kata semuanya tukang yang hebat.

Masihkah anda menyimpan hati pada lelaki sedemikian? Tidak salah sekiranya anda bertindak awal meninggalkannya tanpa ucapan.


Free Flower Color Change1 MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com